Selamat Datang & Welcome!

$$$$$$$$$$$$$$$AKU$MAHU$SEJAHTERA$$$$$$$$$$$$$$$$




Thursday 18 March 2010

Networking & MLM – Piramid atau Pokok

Satu pertanyaan. Mengapa bila bercakap mengenai Multi Level Marketing (MLM) atau Network Marketing kebanyakan orang termasuk aku mengaitkan dengan piramid? (Mengapa pula bukan segitiga seperti biasa dilakarkan pada kertas semasa penerangan? Tetapi itu perkara lain.) Bukannya apa, aku ini bila berkata pasal piramid akan menggambarkan piramid di Mesir. Bagi aku piramid di Mesir statik dan tidak berkembang malah dibina tentunya dari asas di bawah naik ke atas puncak seperti bangunan lain biasanya.

Apa yang aku nampak sekarang dengan lebih jelas setelah bergiat dalam Network Marketing adalah gambaran yang sepatutnya lebih tepat dan jelas adalah pertumbuhan pokok dan bukannya segitiga atau piramid. Apa yang hendak dikatakan ialah mengenai satu perniagaan atau bisnes Network Marketing dan sebagai satu bisnes atau perniagaan kita mahukan kemajuan atau perkembangan atau pertumbuhan. Permulaannya adalah dengan biji benih. Biji benih ini mesti mengeluarkan satu pucuk dahulu untuk tumbuh dan membesar. Lama kelamaan kita dapatlah pokok yang besar.

Pokok seperti yang kita telah ketahui mempunyai sistem aliran dalaman yang mengangkut keperluan penting dari akar untuk kegunaan bahagian lain hingga ke pucuk dan juga arah bertentangan bagi mengangkut keperluan penting dari pucuk daun untuk kegunaan bahagian lain pokok hingga ke akar.

Satu perkara lagi adalah dengan pertumbuhan yang sihat, pucuk pertama dari biji benih tadi akan bertukar tanggungjawab menjadi batang pokok yang kuat dan memberi sokongan kepada dahan-dahan baru untuk terus tumbuh dan membesar.

Pokok tentunya boleh musnah. Apabila akar diracun boleh mengakibatkan pokok mati. Apabila pucuk-pucuk daun diserang serangga juga boleh menyebabkan pokok akhirnya mati. Perkara lain yang mengakibatkan kemusnahan pokok adalah seperti kehadiran parasit dan penebangan pokok itu sendiri.

Kesimpulannya persamaan dengan Network Marketing adalah lebih tepat dari segi permulaan dan pertumbuhan, sistem pengagihan maklumat dan faedah dalaman, kepentingan sokongan yang kukuh dan juga sebab-sebab yang boleh memusnahkan.

Maka mulai sekarang bila mengatakan mengenai Networking Marketing lukiskan dan gambarkan pertumbuhan sebatang pokok agar anda sedar juga akan tanggungjawab penting yang terlibat sama. Sudahkah anda menanam biji benih anda? Jika belum bila lagi?

Monday 8 March 2010

Komen Mengenai Artikel Sebatan


Aku nak komen secara ringkas saja artikel ini yang aku baca dari internet. Apabila mengenai isu sebat dalam Islam ini aku akui aku dulunya mempunyai gambaran yang salah sebelum ini. Namun pandangan aku telah berubah apabila membaca sebuah akhbar berbahasa melayu yang menerangkan prosedur melakukan hukuman sebat itu seperti tidak boleh hingga berdarah dan sebagainya. Apabila aku membaca artikel internet ini aku mula rasakan ketidakadilan penulis artikel ini. Kerana artikel ini bagaikan memberi gambaran kejam yang serong akan hukuman sebat yang diperkatakan. Alangkah eloknya si penulis artikel ini memberi penerangan yang lebih jelas bagaimana cara sebatan itu dijalankan supaya pembaca-pembaca dapat gambaran yang lebih sebenar bahawa hukuman sebatan secara Islam yang diperkatakan itu adalah jauh bertimbang rasa dari apa yang selalunya digambarkan oleh kita yang belum mengetahui.

Respon Kepada Surat Pembaca Al-Islam


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Saya telah membaca bahan bacaan berikut dalam ruangan 'Anda Musykil' majalah Al-Islam keluaran Januari 2010. Saya sebenarnya ingin untuk tidak mengisahkan apa yang telah saya baca tetapi hati saya tergerak-gerak untuk memberi maklumbalas maka saya ambil masa untuk menulis dan berkongsi yang berikut.

Tajuk begitu tidak saya senangi. Bagi saya Tuhan adalah satu iaitu Allah. Allah adalah Tuhan bagi semua makhluk dan kejadian. Kafir atau tidak, murtad atau tidak, ateis atau tidak, Allah tetap Tuhan yang menjadikan mereka, kita dan semua makhluk dan kejadian. Bagi saya sebagai seorang Islam tiada ujud istilah tuhan orang Islam, tuhan orang Kristian, tuhan orang Hindu dan sebagainya kerana dengan kalimah shahadah saya mempercayai bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Saya berharap penderian saya ini dihormati terutamanya oleh rakan-rakan senegara yang berugama lain. Jika mereka ingin menggunakan istilah-istilah demikian saya tidak melarang hanya saya mahu difahami bahawa saya tidak mahu menggunakan istilah-istilah demikian kerana bimbang memesongkan saya dari kalimah shahadah. Semoga dengan fahaman ini kita lebih hidup berharmoni di Malaysia.

Perenggan pertama soalan. Persoalan saya adakah penulis soalan ini sebenarnya inginkan dirinya diselamatkan dan dikembalikan ke ajaran agama Islam. Beliau kata sudah lima bulan murtad. Adakah ada sedikit keraguan dalam murtad beliau itu maka dengan menulis dalam ruangan sebuah majalah Islam merupakan cara beliau melaungkan "Selamatkanlah aku sesiapa yang sudi". Atau adakah beliau hanya ingin mencetuskan geram dan kemarahan.

Perenggan kedua soalan. Jadi saya diberitahu dia ada didikan agama formal yang boleh dikatakan agak luas. Jika tidak pun bagi saya pendidikan formal agama Islam beliau terlalu lebih luas dari pendidikan formal agama Islam yang saya ada.

Perenggan ketiga soalan. Sebagai pembaca soalan saya diberitahu bahawa penulis pernah seorang yang warak. Malahan beliau tahu tentang agama lain dari kajian beliau sendiri dan mempunyai pendapat kuat tentang agama-agama lain. Aku pula memang bukan orang yang warak pun tetapi dari hari ke hari kehidupan aku terus berusaha untuk menjadi pengamal agama Islam yang baik kerana Islam bukan sekadar agama tetapi juga merupakan cara hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan. Cuma pernahlah aku cuba mencabar keIslaman aku sewaktu muda dulu dengan memberi peluang secara terbuka kepada mubaligh agama lain untuk cuba menarik aku ke agama mereka. Pendirian aku adalah jika aku benar-benar percayakan Islam itu benar maka aku mesti berani untuk membenarkan orang menarik aku ke agama mereka. Alhamdulillah, Allah tidak menyesatkan aku. Aku tidak mencabar agama lain, cuma bagi aku setiap orang termasuk orang Islam sendiri yang dilahirkan dalam keluarga agama Islam perlu satu masa bertanya diri sendiri adakah aku hanya mengikut membuta tuli.

Perenggan keempat soalan. Aku sedar ayat diakhiri dengan 'Sekarang tidak lagi'. Tidak berapa pasti sebenarnya apa motif perenggan ini. Adakah penulis nak menegaskan Nabi Muhammad itu phedophile. Tidak payahlah aku nak terangkan bila nak gunakan label phedophile. Soalan-soalan yang timbul di fikiran aku yang masih belum cukup pandai agama Islam dan masih terus berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan sebagai seorang pengamal agama Islam adalah antara lain seperti berikut. Bukankah Nabi Muhammad mempunyai lebih dari seorang isteri. Bukankah isteri pertama Nabi Muhammad seorang wanita yang jauh lebih tua dari baginda. Pandangan aku begini. Nabi Muhammad ini pilihan Allah untuk memberi maklumat dari Allah kepada kita manusia. Maka kita tahu seorang lelaki yang berumur berkahwin dengan seorang wanita muda pun boleh dan jangan lupa dan tidak mengabaikan bahawa seorang lelaki muda yang berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dari beliau pun boleh. Kalau lelaki muda remaja nak berkahwin isteri pertamanya bukan dari golongan anak dara tetapi berpangkat janda yang jauh lebih berumur dengan dia pun boleh. Bila bercakap isu berkahwin dalam Islam ini ada syarat-syaratnya; waras kah?, mampu kah?, dah baligh kah? si perempuan itu setuju kah? dan lain-lain. Tiada isu paksaan dalam Islam. Remaja yang sudah baligh kita mesti akui sudah mempunyai keinginan-keinginan tertentu. Jika diberitahu jangan buat ada juga yang membuat. Bukan di Malaysia sahaja malahan di negara-negara maju lain juga berlaku. Namun tidak bermakna semua remaja yang sudah baligh mesti berkahwin. Jika ada yang belum bersedia biarkanlah kerana perkahwinan membawa tanggungjawab. Aku hampa sedikit dengan perenggan ini sebab penulis soalan ini kata mendapat didikan agama Islam yang luas dan warak mengamalkan Islam tetapi perenggan ini menampakkan kebodohan dan tidak memberi gambaran yang adil dalam isu perkahwinan dalam Islam. Orang yang tidak beragama Islam dan tidak tahu tentang Islam boleh mendapat gambaran yang serong berhubung perihal perkahwinan dalam Islam yang adil.

Perenggan kelima soalan. Di sini penulis soalan memberitahu dia tahu sejarah pengamal agama malahan banyak agama. Perenggan diakhiri dengan 'Semuanya untuk memberi makna kepada kehidupan mereka'. Aku tidak boleh menjawap tentang agama lain, walaupun menarik juga nak mendengar pandangan dari sudut penganut agama lain untuk memahami mereka sebagai sama-sama warganegara Malaysia, tetapi aku beri hujah aku sendiri yang tidak begitu mendalam lagi dalam Islam. Betulkah agama ini sekadar memberi makna untuk kehidupan. Aku cuba fikir juga bagaimana berita keujudan malaikat ada kena mengena dalam memberi makna kepada kehidupan aku. Bagi pendapat aku agama Islam bukan sekadar memberi makna kepada kehidupan bagi mereka-mereka yang mencari makna kehidupan. Jika aku bertanya kepada penulis soalan yang mengaku murtad dan tidak beragama adakah hidup dia tidak bermakna, aku yakin dia tentu menjawap kehidupan dia bermakna. Allah itu Maha Mengetahui dan adil. Manusia ada banyak kelemahan walaupun makhluk sebaik-baik kejadian. Allah menjadikan segala-galanya samada yang boleh dilihat manusia atau tidak boleh dilihat manusia atau ghaib. Melalui agama Islam yang Allah turunkan melalui rasul, Allah memberi tahu manusia berita-berita yang tidak diketahui manusia bukan sekadar hal malaikat, pahala dosa, syurga neraka, akhirat dan sebagainya tetapi juga hal hak-hak seperti setiap rezeki yang manusia terima bukan 100% haknya tetapi ada peratusan hak-hak orang miskin dan sebagainya.

Perenggan keenam soalan. Di sini aku tidak berapa pasti samada penulis soalan ini cuba menyatakan dia pencinta puisi. Aku tak lah kata aku minat puisi sangat tetapi aku adalah juga belajar kefahaman sastera Inggeris sedikit. Aku tidak pula merasakan bila membaca puisi merasa longlai hingga aku percaya pada bukan-bukan. Terutamanya apabila membaca satu puisi yang bagus apa yang aku dan mungkin kebanyakkan pencinta puisi lain rasakan ialah penyampaian atau perkongsian idea dari penulis puisi dalam bentuk bahasa yang lebih cantik dari biasa. Dalam kata lain untuk menggerakkan mindalah. Bila membaca Quran pula, mungkin rakan-rakan dari agama lain boleh kongsi pendapat mereka bila membaca Bible atau kitab ajaran Buddha, aku lebih merasakan aku membaca kitab ilmu dari membaca puisi. Benar aku boleh nampak keindahan surah-surah tertentu tetapi yang lebih penting bagi aku adalah ilmu yang terkandung dalam isi al-Quran. Lagi indahnya ilmu ini adalah banyak yang terbukti di zaman-zaman kemudian. Ada lagi yang kita tidak dapat terjawap. Maka Allah telah beritakan ilmu dalam al-Quran, kita manusia yang membaca buatlah kajian. Tak perlulah aku nak berhujah bagaimana al-Quran dan sains bergerak seiringan. Tidak pernah pula aku membaca al-Quran memberi kesan meronta jiwa aku. Tetapi kalau dalam keadaan jiwa meronta atau fikiran berkecamuk, dengan membaca al-Quran aku dapati boleh membawa kepada ketenangan tetapi aku tak dapat nak komen lebih sebab aku tak tahu macamana boleh ada efek demikian.

Perenggan ketujuh soalan. Penulis berpandangan agama menggunakan pelbagai kaedah menakutkan manusia. Bahagian mana yang menakutkan, adakah berita mengenai syaitan atau mengenai dosa dan neraka. Bagi aku mudah sahaja kita manusia ini banyak yang tidak kita ketahui maka Allah beritahu melalui al-Quran. Allah beritahu kita ada makhluk Allah yang dinamakan syaitan yang ingin menyesatkan kita manusia dari ajaran Allah agar manusia masuk neraka. Tetapi kita tidak perlu takut pada syaitan yang durjana ini kerana Allah beritahu kepada kita tiada apa yang perlu kita takutkan didunia ini melainkan Allah. Allah beritahu kita lagi banyak sifat-sifat Allah. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pengampun dan sebagainya. Jika kita sedar kita buat sesalahan kita cepat-cepatlah bertaubat dan memohon kemaafan dari Allah. Allah Maha Pengampun. Kalau kita murtad dan sesat dan masih hidup dan telah sedar kesilapan kita dan ingin bertaubat tolonglah tanya Jabatan Agama Islam bagaimana cara yang betul untuk kembali kepangkal jalan. Nak minta sesuatu itu kita mintalah dari Allah. Allah sudah beritahu tiada berlaku sesuatu itu tanpa keizinan dari Allah. Syaitan yang nak menyesatkan manusia pun minta izin dari Allah. Kita minta lebih lagilah dari Allah untuk dilindungi dari syaitan, minta mati di dalam iman , minta masuk syurga. Allah sudah beritahu hanya pada Allah tempat meminta dan Allah Maha Kaya. Kita minta sajalah yang baik-baik dari Allah. Allah sudah beritahu kita bahawa Allah ada di mana-mana. Kalau kita sudah beratus jam dalam hidup kita bersembahyang bermakna dah dapat banyak pahalalah tu untuk masukkan kita ke syurga tempat yang indah. Masuk ke syurga itu bukannya perkara yang menakutkan tetapi perkara yang baik dan gembira. Kalau sudah beribu ringgit berzakat pun sama juga dah banyak dapat pahalalah tu. Tak payahlah nak berbulan berlapar. Berpuasa pada masa-masa yang boleh berpuasa wajib dan sunat sudahlah yang boleh mendapatkan banyak pahala untuk bekalan masuk syurga. Jadi bahagian mana yang agama Islam ini menakutkan manusia. Sudah dinyatakan kita sembahyang kita dapat pahala untuk masuk syurga jika tidak kita dapat dosa masuk neraka. Tapi kalau dah lalai tak sembahyang dan mula sedar apa susahnya, bertaubat sajalah cara yang betul dan mohan keampunan Allah. Allah Maha Pengampun. Aku bengang sikit dengan tulisan "mengambil hati Tuhan". Allah melihat tetapi bukan dengan mata seperti makhluk. Begitu juga Allah mendengar tetapi bukan dengan telinga seperti makhluk. Maka janganlah guna ungkapan seperti "mengambil hati Tuhan" tetapi gunalah mendapat keredhaan Allah ke atau mendapat keampunan Allah ke atau mendapat perlindungan Allah ke. Kata saja kuat beramal dan lama sekolah agama Islam tetapi bila menulis macam orang tiada asas agama Islam langsung, tidur waktu sekolah agama Islam ke apa? Aku pun dah mula geram ni. Nasib baik dah sampai perenggan akhir lepas ni boleh baca al-Quran untuk mengembalikan ketenangan jiwa.

Perenggan terakhir. Manusia tamadun mana yang ada mengiakan ungkapan "lakukan seperti apa yang mahu dilakukan" aku pun tak tahu. Dalam masyarakat bertamadun mesti ada undang-undang dan ada hak-hak golongan-golongan tertentu. Bayi perempuan tidak boleh ditanam hidup-hidup. Kaum wanita mesti ada hak mengundi dan bersuara. Golongan minoriti ada hak-hak yang tidak boleh diabaikan golongan majoriti. Tawanan perang pun ada hak-hak tertentu. Tidak boleh membunuh orang lain sesuka hati. Tidak boleh merogol orang sesuka hati. Tidak boleh menindas orang sesuka hati. Tidak boleh merosakkan rumah-rumah ibadat tak kiralah masjid ke gereja ke atau sebagainya. Tak boleh merosakkan harta benda. Tidak boleh merosakkan tanaman sesuka hati. Mesti bertanggung-jawap dengan apa yang kita tulis. Mesti bertanggung-jawab menjaga alam sekitar. Aku ingin benar mengetahui pandangan atau ulasan dari rakan-rakan yang beragama Kristian berhubungan ayat terakhir penulis soalan berbunyi "Beribu tahun lebih lama dari kelahiran Jesus dan Muhammad". Sebagai seorang Islam kita mempercayai Allah menurunkan agamanya melalui nabi-nabi dan rasul-rasulnya secara berperingkat-peringkat dari manusia pertama Adam lagi. Apabila sampai kepada rasul dan nabi Allah yang terakhir iaitu Muhammad agama yang Allah turunkan itu sampai ke peringkat yang terakhir dan lengkap. Agama Allah yang diberi nama agama Islam itu bukan untuk satu kaum sahaja tetapi seluruh manusia dunia berbagai bangsa dan bukan untuk satu zaman sahaja tetapi hingga ke akhir zaman. Ia lengkap.

Beberapa kesimpulan yang boleh aku buat di sini ialah

  1. Jika rakan-rakan yang bukan berugama Islam ingin mendapatkan maklumat sebenar mengenai agama Islam jangan mendapatkan maklumat dari seorang yang murtad dari Islam walaupun orang itu kata beliau berpengetahuan dan warak.
  2. Bagi rakan-rakan Islam, satu pengajaran adalah jika anak-anak kita dihantar ke sekolah agama sekali pun dan mereka kelihatan warak sekali pun tidak bermakna tiada kemungkinan mereka tidak akan murtad. Kita perlu sentiasa beri pendidikan agama secara sempurna dengan cuba menyempurnakan diri kita juga.
  3. Bagi ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang sentiasa beri ceramah di masjid-masjid dan majlis-majlis haruslah menilai semula ceramah agar jangan sampai cara penyampaian berbunga syok sendiri tetapi mesej sebenar tidak kesampaian kepada pendengar.
  4. Penulis soalan ini walaupun lama bersekolah agama Islam dan mengatakan patuh beragama Islam besar kemungkinan tidak menumpukan sepenuhnya semasa pembelajarannya dan amalannya kerana penulisannya tidak menggambarkan dia berpendidikan agama Islam. Jika benar dia berpendidikan Islam maka dia telah bersikap tidak adil dalam tulisan dia apabila dia menghentam satu isu tanpa memberi gambaran keseluruhan seperti isu rumahtangga.

Harapan aku lega sikit dapat luahkan apa yang terpendam.

Segala kesilapan aku, sila nasihatkan dan perbetulkan aku dengan ikhlas dan bertanggung jawab. Semoga Allah sentiasa membimbing aku ke jalan kebenaran dan melindungi aku.

Buku Pinjaman Perpustakaan 14 Mac 2010

Buku yang aku pinjam dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk tempoh sehingga 14 Mac 2010 adalah seperti berikut.

 

Tajuk Buku

 

Penulis Buku

 

Kod Perpustakaan

1)

The New Millionaires work From Home Make Money Online Live Like A Millionaire

 

Gobala Krishnan

 

658.872 Go


Sunday 7 March 2010

5 Kuasa & Tahap Kepimpinan


5 Tahap Kepimpinan


  1. Tahap 'You are the boss'

    Tahap ini di mana kita yang membuat keputusan dan kata muktamad. Kita buat apa yang kita nak buat. Kita pergi ke mana kita nak tuju. Kuasa di tangan kita. Samada kita ingin kita berjaya atau tidak. Bagaimana cara kita nak mencapai kejayaan yang kita inginkan. Berapa cepat kita mahu kejayaan kita itu dicapai. Semuanya di tangan kita. Tuhan tidak mengubah nasib seseorang itu kecuali orang itu yang mengubah nasibnya sendiri.

  2. Tahap 'Teamwork'

    Pada tahap kedua ini ialah ketua yang memimpin rakan-rakan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam bergerak untuk mencapai matlamat hala tuju melalui cara yang paling cepat dan masa yang paling cepat.

  3. Tahap 'Group by Group'

    Tahap ketiga yang lebih tinggi lagi adalah apabila kumpulan-kumpulan tertentu dapat dibina dan sebagai pemimpin menimbulkan satu 'synergy' sepasukan dalam kumpulan-kumpulan yang mungkin mempunyai pengkhususan tertentu atau tidak.

  4. Tahap 'Perancang, Strategi & Konsultan'

    Satu tangga ke atas lagi apabila tanggungjawab sebagai pemimpin adalah perancang, mengatur strategi-strategi berwawasan dan tidak ketinggalan sebagai tempat merujuk apabila isu-isu berbangkit.

  5. Tahap 'Inspirational'

    Teratas sekali adalah apabila pemimpin merupakan inspirasi. Tidak kira dalam percakapan dan laku pemimpin tahap ini rakan-rakannya lain mengagumi dan dengan sendirinya bergerak.


     




Nota-nota lain ketika sessi Gold Power

5 Kuasa & Tahap Kepimpinan

5 Kuasa Kepimpinan

  1. Kuasa "Excitement"
  2. Kuasa "Certainty"
  3. Kuasa "Perpaduan"
  4. Kuasa "Maklumat"
  5. Kuasa "Motivasi"

Contact

I can be contacted by

mobile phone: +6019 376 9625

business e-mail: aduka@SmartLink2u.com

social e-mail: eddy7786@hotmail.com



visit my healthywealth website

visit myspace

visit my you tube channel