Selamat Datang & Welcome!

$$$$$$$$$$$$$$$AKU$MAHU$SEJAHTERA$$$$$$$$$$$$$$$$




Thursday, 26 November 2009

Doa-Doa Ketika Memulakan Kerja & Akhir Kerja



Aku ingin mengkongsikan doa memulakan kerja dan doa di akhir kerja yang pernah aku terima dari seseorang rakan. Perbuatan perkongsian ilmu itu sangat mulia dan menguntungkan kedua-dua orang yang menerima ilmu itu dan juga orang yang mengkongsikan ilmu itu.
Apakah yang kita ada, setelah kita berikan kepada orang lain, masih lagi ada pada kita? ILMU

Monday, 23 November 2009

Oprah Tamat



Oprah Winfrey telah mengumumkan dengan terharu penamatan rancangan bual beliau Oprah Winfrey Show. Samada kita suka atau tidak semuanya berakhir, BAIK atau BURUK.

TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH.

Bermula Dengan Satu (Kuasa Duplikasi)

Kita ketahui dan mengakui Allah, Tuhan Maha Berkuasa, Tuhan Maha Mengatahui. Kita ketahui juga bahawa Allah menjadikan manusia untuk menyembah Allah dan bukan yang lain. Malahan kita mengetahui bahawa Allah telah menjadikan manusia ini secantik-cantik kejadian.

Allah yang Maha Mengetahui telah mencipta manusia bermula dengan Adam dari tanah, tanpa pasangan. Manusia kedua, Hawa pasangan Adam, telah dijadikan Allah yang Maha Mengetahui pertama, melalui permintaan Adam dan kedua, dari bahagian Adam. Populasi manusia terus berkembang sehingga sekarang. Walaupun manusia yang hidup akan mati tetapi jumlah populasi manusia terus bertambah. Dalam sejarah terdapat banyak ketika di mana berlaku kehilangan nyawa manusia dalam jumlah besar kerana serangan wabak penyakit, peperangan, malapetaka dunia, kebuluran, pembunuhan beramai-ramai dan sebagainya. Hakikatnya populasi manusia tetap terus menerus bertambah.

Kita renungkan pula kejadian janin di dalam rahim ibu. Dalam berjuta-juta sperma dari bapa, yang perlu ialah satu sahaja untuk berjaya bercantum dengan telur dari ibu dan membentuk satu sel baru. Dari satu sel ini, ia akan berpecah menjadi dua. Dari dua berpecah lagi menjadi empat, lapan, enambelas dan seterusnya. Kemudian mula pula pembentukan organ-organ dan anggota-anggota tertentu. Tiba ketika kelahiran bayi dari rahim ibu dan sel-sel terus berkembang dalam pembesaran bayi menjadi manusia dewasa. Dalam manusia dewasa sendiri masih lagi berlaku pembentukan sel-sel baru menggantikan sel-sel yang mati. Yang mudah kita lihat dengan mata kasar ialah rambut yang digunting panjang semula dan kuku yang dipotong tumbuh semula.

Begitu juga dengan perkembangan ilmu. Ilmu Islam diturunkan Allah yang Maha Mengetahui melalui seorang manusia, Rasullullah dengan wahyu pertama. Wahyu pertama ini disampaikan kepada manusia kedua dan terus berkembang. Kemudian turun pula wahyu kedua dan disebarkan lagi. Begitulah seterusnya hingga ke wahyu yang terakhir. Ada manusia yang terus menerima, ada yang terus menolak dan ada juga yang pada mulanya menolak tetapi kemudian menerima. Begitulah perkembangan ilmu Islam. Begitu juga dengan ilmu-ilmu lain seperti matematik atau apa saja. Bermula dengan seorang manusia yang diilhamkan dengan ilmu itu dan kemudiannya dikongsikan dengan manusia-manusia lain sehingga keseluruh dunia.

Dalam dunia berteknologi moden ini kita lihat pula pembabitan kita dalam penggunaan facebook sebagai contoh. Bermula dengan pendaftaran kita seorang dan kita memulakan jaringan kita untuk terus berkembang. Begitu juga dengan penyebaran surat berrangkai samada surat fizikal seperti dulu atau melalui email sekarang ini, ia juga bermula dengan satu orang yang memulakan surat itu dan tersebar rantai atau jaringan atau network.

Bermula dengan satu. Sesungguhnya dan sememangnya Allah itu Maha Mengetahui.

Saturday, 21 November 2009

3 Buku Pinjaman PPAS

Semalam, Jumaat 20 November 2009 aku pinjam tiga buku dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).







SmartLink2u

Pada hari Khamis 19 November 2009 yang baru lepas aku telah mendaftar sebagai SmartLink Entrepreneur.



Percubaan Memasukkan Jadual

Kita cuba masukkan 'table'/jadual

 

Tajuk Buku

Penulis Buku

1.

  

2.

  

Monday, 9 November 2009

Some Certificates




Just to display some certicates from my collection.

Hendak atau Tak Hendak


Hendak seribu daya.
Tak hendak seribu dalih.

Tulang & Nama


Gajah mati meninggalkan tulang.
Manusia mati meninggalkan nama.


Ditambah juga disini bahawa ada juga yang mengatakan bahawa

Harimau mati meninggalkan belang.

Contact

I can be contacted by

mobile phone: +6019 376 9625

business e-mail: aduka@SmartLink2u.com

social e-mail: eddy7786@hotmail.com



visit my healthywealth website

visit myspace

visit my you tube channel