Selamat Datang & Welcome!

$$$$$$$$$$$$$$$AKU$MAHU$SEJAHTERA$$$$$$$$$$$$$$$$




Tuesday, 29 December 2009

Internet Business / Advertising

Aku ini tergolong dalam generasi lama yang kurang terdedah dan amat sukar untuk merasa selesa dengan perkembangan internet. Syukurlah aku pernah bekerja dengan syarikat 'finance' dan bank yang proaktif dengan perbankan internet. Ditambah pula aku pernah di bahagian khidmat pelanggan perbankan internet ini, menyebabkan aku amat merasa selesa dengan penggunaan perbankan internet. Di bahagian ini juga aku mendapati bahawa rakan-rakan kerja aku yang terutamanya generasi lebih muda amat aktif menggunakan khidmat perniagaan internet yang lain. Ada yang membeli tiket wayang atau konsert melalui internet terus malahan ada yang begitu selesa memesan barangan dan membayar melalui internet dari syarikat yang beroperasi di luar Malaysia. Ini yang menimbulkan kesedaran dan aku rasa begitu yakin bahawa perniagaan internet begitu berpotensi besar. Pokoknya samada kita mahu memulakan sekarang atau menunggu lagi. Bagi aku, aku sudah membuat langkah pertama dan mula membuat perkembangan walaupun dalam banyak kelemahan aku dengan sistem internet termasuk pengetahuan mengenainya.
Dalam banyak kekurangan aku dalam internet ini, aku paksa jugalah diri aku ini untuk membuat ruang blog sendiri seperti ini, membuat saluran (channel) youtube aku dan berrangkai (network) dengan myspace dan facebook. Mungkin aku patut cuba twitter pula.
Aku ini masih lambat mengemaskini maklumat-maklumat diri aku melalui media-media interet ini. Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah kehebatan memberi maklumat perniagaan kita melalui media ini. Aku sebagai contohnya dihubung oleh rakan-rakan yang aku buat melalui media internet menawarkan peluang untuk menjualkan hartanah tertentu kerana mereka menganggap aku masih dengan syarikat hartanah. Itu adalah kesilapan aku kerana tidak kemaskini profil kerjaya aku dengan segera. Tapi apa yang aku nak kemukakan di sini ialah nyatakan kerjaya anda kepada dunia melalui pelbagai media-media internet ini dan ber'network' dengan ikhlas dan jujur nescaya ada kawan-kawan baru anda akan menawarkan peluang perniagaan untuk anda. Kepada kawan-kawan network aku, maafkan aku kerana lambat kemaskini profil kerjaya aku melalui ruang-ruang internet ini.
Aku ringkaskan begini, aku mula bekerja tetap sebagai kerani di Mayban Finance di bandar Melaka dan menyangkakan aku akan bersara dengan Mayban Finance. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa aku meningkat ke tahap pegawai di ibupejabat di Kuala Lumpur. Peningkatan jawatan ini memberikan aku lebih keyakinan dan kesedaran bahawa aku boleh melakukan lebih dari yang sediaada keika itu jika aku terus menerus membuka minda kepada ilmu dan peluang. Jadi pada usia yang sudah melebihi empat puluh tahun aku buat keputusan menukar kerjaya. Aku memilih hartanah. Tetapi kemudiannya aku ditemukan dengan peluang 'e-networking'. Peluang yang pertama aku nampak hanya sebagai cara mengembangkan bisnes hartanah aku. Dengan pengetahuan yang bertambah termasuk bahan bacaan yang aku timba aku membuat satu lagi perubahan baru dengan memberi tumpuan penuh kepada kerjaya 'e-networking' ini. Namun bukan bermakna hati aku tertutup pada hartanah kerana aku akan kesana juga sekali lagi dalam perjalanan kerjaya aku ini. Maka aku berikan di sini 'business card' aku selama ini hingga kini. Semoga pembaca semua lebih jelas.









Seterusnya, yang di bawah ini adalah 'business card' kerjaya terdahulu.

Contact

I can be contacted by

mobile phone: +6019 376 9625

business e-mail: aduka@SmartLink2u.com

social e-mail: eddy7786@hotmail.com



visit my healthywealth website

visit myspace

visit my you tube channel