Dalam banyak kekurangan aku dalam internet ini, aku paksa jugalah diri aku ini untuk membuat ruang blog sendiri seperti ini, membuat saluran (channel) youtube aku dan berrangkai (network) dengan myspace dan facebook. Mungkin aku patut cuba twitter pula.
Aku ini masih lambat mengemaskini maklumat-maklumat diri aku melalui media-media interet ini. Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah kehebatan memberi maklumat perniagaan kita melalui media ini. Aku sebagai contohnya dihubung oleh rakan-rakan yang aku buat melalui media internet menawarkan peluang untuk menjualkan hartanah tertentu kerana mereka menganggap aku masih dengan syarikat hartanah. Itu adalah kesilapan aku kerana tidak kemaskini profil kerjaya aku dengan segera. Tapi apa yang aku nak kemukakan di sini ialah nyatakan kerjaya anda kepada dunia melalui pelbagai media-media internet ini dan ber'network' dengan ikhlas dan jujur nescaya ada kawan-kawan baru anda akan menawarkan peluang perniagaan untuk anda. Kepada kawan-kawan network aku, maafkan aku kerana lambat kemaskini profil kerjaya aku melalui ruang-ruang internet ini.
Aku ringkaskan begini, aku mula bekerja tetap sebagai kerani di Mayban Finance di bandar Melaka dan menyangkakan aku akan bersara dengan Mayban Finance. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa aku meningkat ke tahap pegawai di ibupejabat di Kuala Lumpur. Peningkatan jawatan ini memberikan aku lebih keyakinan dan kesedaran bahawa aku boleh melakukan lebih dari yang sediaada keika itu jika aku terus menerus membuka minda kepada ilmu dan peluang. Jadi pada usia yang sudah melebihi empat puluh tahun aku buat keputusan menukar kerjaya. Aku memilih hartanah. Tetapi kemudiannya aku ditemukan dengan peluang 'e-networking'. Peluang yang pertama aku nampak hanya sebagai cara mengembangkan bisnes hartanah aku. Dengan pengetahuan yang bertambah termasuk bahan bacaan yang aku timba aku membuat satu lagi perubahan baru dengan memberi tumpuan penuh kepada kerjaya 'e-networking' ini. Namun bukan bermakna hati aku tertutup pada hartanah kerana aku akan kesana juga sekali lagi dalam perjalanan kerjaya aku ini. Maka aku berikan di sini 'business card' aku selama ini hingga kini. Semoga pembaca semua lebih jelas.


Seterusnya, yang di bawah ini adalah 'business card' kerjaya terdahulu.

No comments:
Post a Comment