Selamat Datang & Welcome!

$$$$$$$$$$$$$$$AKU$MAHU$SEJAHTERA$$$$$$$$$$$$$$$$




Tuesday, 29 December 2009

Internet Business / Advertising

Aku ini tergolong dalam generasi lama yang kurang terdedah dan amat sukar untuk merasa selesa dengan perkembangan internet. Syukurlah aku pernah bekerja dengan syarikat 'finance' dan bank yang proaktif dengan perbankan internet. Ditambah pula aku pernah di bahagian khidmat pelanggan perbankan internet ini, menyebabkan aku amat merasa selesa dengan penggunaan perbankan internet. Di bahagian ini juga aku mendapati bahawa rakan-rakan kerja aku yang terutamanya generasi lebih muda amat aktif menggunakan khidmat perniagaan internet yang lain. Ada yang membeli tiket wayang atau konsert melalui internet terus malahan ada yang begitu selesa memesan barangan dan membayar melalui internet dari syarikat yang beroperasi di luar Malaysia. Ini yang menimbulkan kesedaran dan aku rasa begitu yakin bahawa perniagaan internet begitu berpotensi besar. Pokoknya samada kita mahu memulakan sekarang atau menunggu lagi. Bagi aku, aku sudah membuat langkah pertama dan mula membuat perkembangan walaupun dalam banyak kelemahan aku dengan sistem internet termasuk pengetahuan mengenainya.
Dalam banyak kekurangan aku dalam internet ini, aku paksa jugalah diri aku ini untuk membuat ruang blog sendiri seperti ini, membuat saluran (channel) youtube aku dan berrangkai (network) dengan myspace dan facebook. Mungkin aku patut cuba twitter pula.
Aku ini masih lambat mengemaskini maklumat-maklumat diri aku melalui media-media interet ini. Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah kehebatan memberi maklumat perniagaan kita melalui media ini. Aku sebagai contohnya dihubung oleh rakan-rakan yang aku buat melalui media internet menawarkan peluang untuk menjualkan hartanah tertentu kerana mereka menganggap aku masih dengan syarikat hartanah. Itu adalah kesilapan aku kerana tidak kemaskini profil kerjaya aku dengan segera. Tapi apa yang aku nak kemukakan di sini ialah nyatakan kerjaya anda kepada dunia melalui pelbagai media-media internet ini dan ber'network' dengan ikhlas dan jujur nescaya ada kawan-kawan baru anda akan menawarkan peluang perniagaan untuk anda. Kepada kawan-kawan network aku, maafkan aku kerana lambat kemaskini profil kerjaya aku melalui ruang-ruang internet ini.
Aku ringkaskan begini, aku mula bekerja tetap sebagai kerani di Mayban Finance di bandar Melaka dan menyangkakan aku akan bersara dengan Mayban Finance. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa aku meningkat ke tahap pegawai di ibupejabat di Kuala Lumpur. Peningkatan jawatan ini memberikan aku lebih keyakinan dan kesedaran bahawa aku boleh melakukan lebih dari yang sediaada keika itu jika aku terus menerus membuka minda kepada ilmu dan peluang. Jadi pada usia yang sudah melebihi empat puluh tahun aku buat keputusan menukar kerjaya. Aku memilih hartanah. Tetapi kemudiannya aku ditemukan dengan peluang 'e-networking'. Peluang yang pertama aku nampak hanya sebagai cara mengembangkan bisnes hartanah aku. Dengan pengetahuan yang bertambah termasuk bahan bacaan yang aku timba aku membuat satu lagi perubahan baru dengan memberi tumpuan penuh kepada kerjaya 'e-networking' ini. Namun bukan bermakna hati aku tertutup pada hartanah kerana aku akan kesana juga sekali lagi dalam perjalanan kerjaya aku ini. Maka aku berikan di sini 'business card' aku selama ini hingga kini. Semoga pembaca semua lebih jelas.









Seterusnya, yang di bawah ini adalah 'business card' kerjaya terdahulu.

Thursday, 26 November 2009

Doa-Doa Ketika Memulakan Kerja & Akhir Kerja



Aku ingin mengkongsikan doa memulakan kerja dan doa di akhir kerja yang pernah aku terima dari seseorang rakan. Perbuatan perkongsian ilmu itu sangat mulia dan menguntungkan kedua-dua orang yang menerima ilmu itu dan juga orang yang mengkongsikan ilmu itu.
Apakah yang kita ada, setelah kita berikan kepada orang lain, masih lagi ada pada kita? ILMU

Monday, 23 November 2009

Oprah Tamat



Oprah Winfrey telah mengumumkan dengan terharu penamatan rancangan bual beliau Oprah Winfrey Show. Samada kita suka atau tidak semuanya berakhir, BAIK atau BURUK.

TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH.

Bermula Dengan Satu (Kuasa Duplikasi)

Kita ketahui dan mengakui Allah, Tuhan Maha Berkuasa, Tuhan Maha Mengatahui. Kita ketahui juga bahawa Allah menjadikan manusia untuk menyembah Allah dan bukan yang lain. Malahan kita mengetahui bahawa Allah telah menjadikan manusia ini secantik-cantik kejadian.

Allah yang Maha Mengetahui telah mencipta manusia bermula dengan Adam dari tanah, tanpa pasangan. Manusia kedua, Hawa pasangan Adam, telah dijadikan Allah yang Maha Mengetahui pertama, melalui permintaan Adam dan kedua, dari bahagian Adam. Populasi manusia terus berkembang sehingga sekarang. Walaupun manusia yang hidup akan mati tetapi jumlah populasi manusia terus bertambah. Dalam sejarah terdapat banyak ketika di mana berlaku kehilangan nyawa manusia dalam jumlah besar kerana serangan wabak penyakit, peperangan, malapetaka dunia, kebuluran, pembunuhan beramai-ramai dan sebagainya. Hakikatnya populasi manusia tetap terus menerus bertambah.

Kita renungkan pula kejadian janin di dalam rahim ibu. Dalam berjuta-juta sperma dari bapa, yang perlu ialah satu sahaja untuk berjaya bercantum dengan telur dari ibu dan membentuk satu sel baru. Dari satu sel ini, ia akan berpecah menjadi dua. Dari dua berpecah lagi menjadi empat, lapan, enambelas dan seterusnya. Kemudian mula pula pembentukan organ-organ dan anggota-anggota tertentu. Tiba ketika kelahiran bayi dari rahim ibu dan sel-sel terus berkembang dalam pembesaran bayi menjadi manusia dewasa. Dalam manusia dewasa sendiri masih lagi berlaku pembentukan sel-sel baru menggantikan sel-sel yang mati. Yang mudah kita lihat dengan mata kasar ialah rambut yang digunting panjang semula dan kuku yang dipotong tumbuh semula.

Begitu juga dengan perkembangan ilmu. Ilmu Islam diturunkan Allah yang Maha Mengetahui melalui seorang manusia, Rasullullah dengan wahyu pertama. Wahyu pertama ini disampaikan kepada manusia kedua dan terus berkembang. Kemudian turun pula wahyu kedua dan disebarkan lagi. Begitulah seterusnya hingga ke wahyu yang terakhir. Ada manusia yang terus menerima, ada yang terus menolak dan ada juga yang pada mulanya menolak tetapi kemudian menerima. Begitulah perkembangan ilmu Islam. Begitu juga dengan ilmu-ilmu lain seperti matematik atau apa saja. Bermula dengan seorang manusia yang diilhamkan dengan ilmu itu dan kemudiannya dikongsikan dengan manusia-manusia lain sehingga keseluruh dunia.

Dalam dunia berteknologi moden ini kita lihat pula pembabitan kita dalam penggunaan facebook sebagai contoh. Bermula dengan pendaftaran kita seorang dan kita memulakan jaringan kita untuk terus berkembang. Begitu juga dengan penyebaran surat berrangkai samada surat fizikal seperti dulu atau melalui email sekarang ini, ia juga bermula dengan satu orang yang memulakan surat itu dan tersebar rantai atau jaringan atau network.

Bermula dengan satu. Sesungguhnya dan sememangnya Allah itu Maha Mengetahui.

Saturday, 21 November 2009

3 Buku Pinjaman PPAS

Semalam, Jumaat 20 November 2009 aku pinjam tiga buku dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).







SmartLink2u

Pada hari Khamis 19 November 2009 yang baru lepas aku telah mendaftar sebagai SmartLink Entrepreneur.



Percubaan Memasukkan Jadual

Kita cuba masukkan 'table'/jadual

 

Tajuk Buku

Penulis Buku

1.

  

2.

  

Monday, 9 November 2009

Some Certificates




Just to display some certicates from my collection.

Hendak atau Tak Hendak


Hendak seribu daya.
Tak hendak seribu dalih.

Tulang & Nama


Gajah mati meninggalkan tulang.
Manusia mati meninggalkan nama.


Ditambah juga disini bahawa ada juga yang mengatakan bahawa

Harimau mati meninggalkan belang.

Saturday, 3 October 2009

Konsert Inilah Sharifah Aini



I attended “Koncert Inilah Sharifah Aini” (This is Sharifah Aini Concert) on 2nd October 2009. The concert was recorded for television broadcast tentatively on New Year Eve. The musical arrangement for the concert was done by Mr. Ramli MS. Guest artists for the show were David Arumugam of Alleycats and Francessca Peters. Songs sung by Datuk Sharifah Aini during the concert includes among others Seri Dewi Malam, Terbang Helang, Hapuslah Airmatamu, Tiada Maaf Bagimu, Kau Tinggi Di Awan Biru, Empat Dara, Pantun Budi, Hanya Engkau, Usah Pergi Lagi, Cahayaku Cahayamu, Gunung Banang, Seiring Sejalan, Oh Di Mana, Yang Di Tunggu Tak Tiba, Jatuh Cinta, Teratai, Burung Pungguk, Bunga Tanjung, Di Malam Persandingan, Dekatlah Padaku, Percayalah etc.

Next concert to look forward to is in Singapore in November 2009.



Images From “Konsert Inilah Sharifah Aini”

Here are some photos taken from Konsert Inilah Sharifah Aini on 2nd October 2009 at Filem Negara Malaysia.




































Contact

I can be contacted by

mobile phone: +6019 376 9625

business e-mail: aduka@SmartLink2u.com

social e-mail: eddy7786@hotmail.com



visit my healthywealth website

visit myspace

visit my you tube channel