Satu pertanyaan. Mengapa bila bercakap mengenai Multi Level Marketing (MLM) atau Network Marketing kebanyakan orang termasuk aku mengaitkan dengan piramid? (Mengapa pula bukan segitiga seperti biasa dilakarkan pada kertas semasa penerangan? Tetapi itu perkara lain.) Bukannya apa, aku ini bila berkata pasal piramid akan menggambarkan piramid di Mesir. Bagi aku piramid di Mesir statik dan tidak berkembang malah dibina tentunya dari asas di bawah naik ke atas puncak seperti bangunan lain biasanya.
Apa yang aku nampak sekarang dengan lebih jelas setelah bergiat dalam Network Marketing adalah gambaran yang sepatutnya lebih tepat dan jelas adalah pertumbuhan pokok dan bukannya segitiga atau piramid. Apa yang hendak dikatakan ialah mengenai satu perniagaan atau bisnes Network Marketing dan sebagai satu bisnes atau perniagaan kita mahukan kemajuan atau perkembangan atau pertumbuhan. Permulaannya adalah dengan biji benih. Biji benih ini mesti mengeluarkan satu pucuk dahulu untuk tumbuh dan membesar. Lama kelamaan kita dapatlah pokok yang besar.
Pokok seperti yang kita telah ketahui mempunyai sistem aliran dalaman yang mengangkut keperluan penting dari akar untuk kegunaan bahagian lain hingga ke pucuk dan juga arah bertentangan bagi mengangkut keperluan penting dari pucuk daun untuk kegunaan bahagian lain pokok hingga ke akar.
Satu perkara lagi adalah dengan pertumbuhan yang sihat, pucuk pertama dari biji benih tadi akan bertukar tanggungjawab menjadi batang pokok yang kuat dan memberi sokongan kepada dahan-dahan baru untuk terus tumbuh dan membesar.
Pokok tentunya boleh musnah. Apabila akar diracun boleh mengakibatkan pokok mati. Apabila pucuk-pucuk daun diserang serangga juga boleh menyebabkan pokok akhirnya mati. Perkara lain yang mengakibatkan kemusnahan pokok adalah seperti kehadiran parasit dan penebangan pokok itu sendiri.
Kesimpulannya persamaan dengan Network Marketing adalah lebih tepat dari segi permulaan dan pertumbuhan, sistem pengagihan maklumat dan faedah dalaman, kepentingan sokongan yang kukuh dan juga sebab-sebab yang boleh memusnahkan.
Maka mulai sekarang bila mengatakan mengenai Networking Marketing lukiskan dan gambarkan pertumbuhan sebatang pokok agar anda sedar juga akan tanggungjawab penting yang terlibat sama. Sudahkah anda menanam biji benih anda? Jika belum bila lagi?
No comments:
Post a Comment